Dana industri kreatif bantu rakam lagu tiga bahasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sudah namanya rezeki, bakat baharu, Suzanne Low, 24, mendapat tawaran merakamkan lagu Disentuhi Cinta dalam tiga versi iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Mendapat sokongan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH); Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (CENDANA); MyCreative; Rusa Entertainment dan Universal Music, Suzanne muncul artis R&B trilingual pertama negara yang mahu ‘terbang’ tinggi meneroka dunia muzik.

Sejak berusia lima tahun, anak jati Pulau Pinang ini mula menunjukkan kecenderungan dalam dunia muzik. Ketika itu, Suzanne ‘pantang’ berada dalam kereta dipandu ibu kerana suka menyanyi mengikut alunan lagu kegemaran diputarkan di radio.

Meniti usia remaja, pada 2018, Suzanne yang juga anak bongsu dua beradik, mencuba nasib menyertai pertandingan nyanyian The Voice Malaysia dan Sing!! China di Shanghai, China.

Tahun lalu, bakat Suzanne dikesan pasangan suami isteri, Yu Heng dan Jimbo. Lantas gadis ini ditawarkan bernaung di bawah Golden Shore Entertainment Sdn Bhd dan merakamkan lagu Disentuhi Cinta.

Suzanne berkata, dia mula mengatur strategi dan bersiap sedia meneroka arus perdana dunia muzik Melayu dengan kelompok pendengar besar.

“Sebelum ini, saya merakamkan dua lagu Mandarin berjudul Old Sofa dan Letter On Sand.

 

Suzanne mula mengatur strategi dan bersiap sedia meneroka arus perdana dunia muzik Melayu dengan kelompok pendengar besar. Foto IG Suzanne Low

 

“Saya beruntung kerana projek single lagu Disentuhi Cinta ciptaan Yu Heng disokong pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui pada acara santai Up Close and Personal Bersama Suzanne Low di Bangsar, baru-baru ini.

Suzanne berkata, lirik lagu Disentuhi Cinta versi bahasa Melayu dihasilkan Slen Fadzil.

“Versi bahasa Inggeris pula ditulis JJ Neo, manakala lirik dalam bahasa Mandarin dipertanggungjawabkan kepada San San dengan judul Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai,” katanya.

Ditanya mengapa usahanya merakamkan lagu dalam tiga versi tidak dikemukakan kepada pengurusan Malaysia Book of Records (MBR) untuk diiktiraf, Suzanne berkata:

“Kalau ada rezeki ke arah itu, saya pasti gembira,” katanya.

Suzanne atau nama sebenar, Low Suxian mengaku menggemari karya muzik Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sheila Majid.

“Saya belajar menyebut istilah Melayu dengan betul melalui dendangan lagu P Ramlee, Sheila, Jaclyn Victor dan artis dari Indonesia.

“Sehubungan itu, usaha menyanyikan lagu Disentuhi Cinta bukanlah mudah… umpama menjerut diri. Namun, saya cabar kemampuan untuk tidak terus berada dalam zon selesa,” katanya yang teringin merakamkan semula lagu dendangan idolanya, Sheila.

Sejak dua tahun lalu juga, Suzanne sudah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman sebagai penyanyi kelab malam dan lounge.

Lagu Disentuhi Cinta bergenre R&B dan Soul diedarkan ke semua platform digital pada sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat