Isham Jalil Cabar Tun M Berwacana Secara Terbuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Perhubungan UMNO Selangor Isham Jalil mencabar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berwacana dengannya secara terbuka.

Katanya, wacana itu lebih membincangkan berkenaan dasar-dasar dan halatuju negara secara ilmiah dan berhemah seperti isu matawang yang makin lemah, soal ekonomi, isu Rule of Law, dan masa depan Malaysia

“Kepada Yang Berhormat Tun Mahathir,

“Dengan segala hormat saya ingin menjemput Tun untuk berwacana dengan saya pada bila-bila masa yang Tun berkelapangan. Bukan untuk berdebat atau berpolitik, tetapi untuk berwacana secara terbuka untuk bincang berkenaan dasar-dasar dan halatuju negara secara ilmiah dan berhemah. Contohnya berkenaan isu matawang ringgit yang kian lemah, soal ekonomi, isu Rule of Law, dan masa depan Malaysia dan cadangan-cadangan penyelesaiannya.” katanya menerusi Facebook.

Jelas Isham, Tun mempunyai banyak pengalaman sepanjang berkecimpung dalam politik dan kerajaan.

Tun pernah pegang jawatan-jawatan besar dan memimpin negara, saya pula hanya orang biasa, tetapi saya mewakili generasi muda yang menghadapi cabaran dunia baru yang berbeza dari generasi Tun dahulu.

Sindirnya, daripada Tun dan saya asyik komen dan berbeza pandangan di Facebook sahaja, mungkin elok kita bersemuka dan bertukar pandangan secara terbuka.

“Wacana ini mungkin akan dapat mencabahkan pemikiran dan membantu kita dan rakyat melihat pandangan-pandangan dan penyelesaian dari perspektif generasi Tun dan juga generasi saya untuk kepentingan masa depan Malaysia. Jika Tun sudi, kami amatlah berbesar hati.” Katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat