Rekod Tertinggi 44 Kes Kematian, 4,140 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,140 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di negara ini sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata jumlah keseluruhan kes positif baharu kini mencecah 466,330 kes.

Beliau berkata, Selangor masih mencatat kes empat angka apabila dengan 1,507 kes direkodkan setakat tengah hari tadi.

Ia disusuli Johor dengan 433 kes, Kuala Lumpur (398), Pulau Pinang (338) dan Sarawak dengan 324 kes.

“Sebanyak 4,131 kes adalah penularan tempatan, membabitkan 3,728 warganegara dan 403 bukan warganegara, manakala semua sembilan kes import membabitkan rakyat negara ini.

“Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 3,432 kes pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 422,329 kes (90.6 peratus) manakala 42,135 kes masih aktif,” katanya.

KKM turut merekodkan kes kematian tertinggi setakat ini, kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu 44 kes membabitkan 43 rakyat tempatan dan seorang warga asing.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes kematian membabitkan COVID-19 di negara ini ialah 1,866 kes atau 0.40 peratus.

Seramai 482 pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 250 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat