Exco Negeri Sembilan Nafi Dakwaan Akan Lompat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Exco Negeri Sembilan menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan rancangan mahu melompat parti daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Berita beliau melompat parti tersebar selepas tular khabar angin mendakwa kononnya kerajaan sedia ada akan bertukar dan bakal diterajui PN selepas berlaku di Kedah dan Perak.

Dalam kenyataan petang tadi, Bakri Sawir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang berkata, berita yang dilaporkan dalam akhbar Cina bertarikh 13 Mei lalu tidak benar sama sekali.

Beliau menyatakan dakwaan berita itu berunsur fitnah dan berita tidak disokong bukti selain memberi tanggapan negatif masyarakat terhadap beliau dan kedudukannya di dalam pentadbiran negeri ketika ini.

“Merujuk kepada laporan akhbar Nanyang Siang Pau berhubung persoalan sama ada saya akan meninggalkan parti adalah sekadar andaian semata-mata dan tidak berasas sama sekali.

“Dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya mempunyai sebarang hasrat , agenda atau perancangan untuk meninggalkan Parti Amanah Negara atau PH,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Justeru katanya, sebarang berita atau kenyataan berkaitan adalah tidak benar dan bukan daripada beliau sendiri atau pandangan sendiri.

“Sehubungan itu saya memohon kepada rakyat di Negeri Sembilan agar tidak terpengaruh dengan berita-berita yang disebarkan sedemikian rupa sama ada di akhbar secara rasmi dan tidak rasmi seperti media sosial.

“Bagi saya berita seumpama hanyalah propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat