Semua nama mohon sertai Rumah Bangsa akan dilulus masuk semula Umno – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Ahmad Maslan yakin Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa akan meluluskan semua nama-nama dicadangkan untuk diterima masuk semula ke dalam Umno.

Ahmad yang juga ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa berkata, senarai nama yang diluluskan itu akan diumumkan pada 17 April ini.

Menurutnya, jawatankuasa telah mengadakan dua kali mesyuarat sebelum ini yang dipengerusikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Senarai nama itu akan dibawa ke mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno pada hari Jumaat ini di Melaka sebelum diumumkan.

“Saya berkeyakinan, ini bukan keputusan jawatankuasa ya tapi ini keyakinan saya. Bahawa tidak ada sebarang halangan untuk nama-
nama yang telah mohon untuk diluluskan kerana prinsip Rumah Bangsa adalah menerima,” katanya menurut Utusan di Putrajaya.

Ditanya sama ada nama-nama besar yang akan diterima semula dalam Rumah Bangsa termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Noh Omar, Ahmad bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

“Kita tunggulah. Sebab permohonan itu sentiasa datang. kerana prinsip Rumah Bangsa itu untuk menerima semua termasuk yang telah diambil tindakan disiplin selain menerima semua yang telah meninggalkan Umno untuk kembali.

“Saya sendiri akan menyarankan untuk tidak membantah mana-mana nama (yang memohon),” katanya.

Ditanya juga sama ada nama-nama yang diterima itu kelak berpeluang dicalonkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, Ahmad berkata, perkara itu akan dibincangkan kemudian.

“Itu (kelayakan bertanding di PRU)pun kita akan bincang,” katanya.

Setakat ini, Rumah Bangsa telah menerima permohonan beberapa tokoh dan nama besar bekas pemimpin Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat