TDM gagalkan cubaan seludup rotan kering ke Indonesia bernilai RM 78,840

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUBOK ANTU – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya mematah dan menggagalkan akvtivi penyeludupan rotan kering berhampiran sempadan Malaysia – Indonesia.

Demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) pada Sabtu.

Beliau berkata, TDM melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) di Sektor Op Awas /Keris Parang, Lubok Antu.

Katanya, pada jam 2.30 pagi, sepasukan anggota tentera yang melaksanakan tugas serang dan tangkap (SERKAP) di lokasi yang dikenali masyarakat tempatan sebagai ‘Pondok John’, kira-kira 800 meter sahaja dari sempadan Malaysia-Indonesia.

Pihaknya telah bertindak menahan sebuah lori bersama enam warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 25 hingga 78 tahun dalam keadaan yang mencurigakan.

Hasil daripada pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan, pihaknya mengesahkan terdapat rotan kering seberat 5,840 kilogram yang bernilai RM78,840.

Turut dirampas, dua buah kenderaan, lori jenis Hino Tipper bernilai RM 150,000 dan Toyota Fortuner bernilai RM 55,000. Kesemuanya dianggarkan berjumlah sebanyak RM283, 840

Ujarnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Antu dan kesemua hasil rampasan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

“TDM akan terus komited menjalankan tugas untuk memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia – Indonesia.

“Ianya bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI), kegiatan penyeludupan serta jenayah rentas sempadan,” menurut kenyataan itu lagi – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat