Ketegangan Iran-Israel, JPM pantau keselamatan jemaah haji & umrah Malaysia

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memantau situasi terkini di Timur Tengah susulan serangan balas Iran terhadap Israel kelmarin.

Demikian menurut kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato ’ Setia Dr. Hj . Mohd Na’im Mokhtar pada Ahad.

Menurut Mohd Na’im, serangan balas itu, sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah berlarutan sejak lebih 7 bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa.

“Susulan ketegangan yang berlaku itu, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang.

Ujar beliau, semua pihak adalah dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat