Agong tuntut penjelasan kelewatan bina kolam tempur Kem Iskandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memperjelaskan punca kelewatan pembinaan.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, namun sehingga kini masih dalam pembinaan.

“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan.

“Dan pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan.

“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) pada Isnin.

Justeru, Sultan Ibrahim menitahkan papan tanda berkenaan dipasang semula di tapak projek pembinaan.

Untuk rekod, majlis pecah tanah kolam berkenaan disempurnakan oleh Sultan Ibrahim pada Mei 2018.

“Kolam selam tempur merupakan fasilitas yang amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompitensi individu dan tim khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.

“Fasilitas ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mock up kapal, entry point bagi kemasukan melalui udara serta banyak lagi kemudahan-kemudahan asas sokongan operasi,” kata kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat