Varian Baharu Dalam Komuniti, KKM Cadang Aktiviti Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Ditangguhkan – Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

menurutnya, cadangan penangguhan tersebut kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan dan terdapat varian baharu dalam komuniti.

katanya, banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan.

“Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic – Perspectives From The Field” di Pejabat Menteri Kesihatan, sebentar tadi.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat