PM Janji Tak Masuk Campur Kes Rasuah Pemimpin, Pegawai Kerajaan – Azam Baki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen dan jaminan tidak akan campur tangan kepada sebarang perlakuan rasuah yang dilakukan pemimpin-pemimpin politik mahupun pegawai kerajaan,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Kata beliau,Perdana Menteri, memberi jaminan tidak akan campur tangan terhadap sebarang perlakuan atau kes rasuah.

“PM beri komitmen tak campur tangan kepada sebarang perlakuan rasuah, dilakukan sama ada pemimpin-pemimpin politik atau pegawai kerajaan.

“Teruskan saja (siasatan), dia tidak ada masalah. Dia tidak mahu campur tangan, apa-apa tohmahan pun, libatkan ahli-ahli kabinet, dia kata teruskan (siasat),” katanya dalam wawancara dengan stesen TV Alhijrah malam semalam.

Azam, yang mengetuai SPRM sejak Mac tahun lalu mengakui ada menteri kabinet dan ahli-ahli politik bertanya mengenai kes-kes rasuah namun tidak sampai ke tahap campur tangan.

“Sejak jadi ketua SPRM, tak ada (campur tangan).

“Saya boleh beri jaminan tak ada yang kata nak campur tangan beri arahan untuk saya, tapi saya tak nafikan yang bertanya-tanya tu ada.

“Tak logik saya kata langsung tak ada bertanya, saya pun biasa bercampur dengan pihak-pihak menteri dan sebagainya ataupun ahli-ahli politik lain, mereka bertanya.

“Tapi saya beri jaminan di sini, setakat sekadar bertanya tapi tidak akan mempengaruhi keputusan kami dalam menjalankan penyiasatan.

“Kes tetap kami siasat, dan terpulang kepada AG (peguam negara) sama ada nak tuduh atau tidak,” katanya ketika ditanya apakah terdapat campur tangan politik sepanjang kariernya sebagai pegawai SPRM.

Azam berkata tindakan SPRM menyiasat kartel monopoli tender kerajaan di mana puluhan individu ditahan membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam siasatan rasuah.

“Kalau ada orang kata campur tangan, buktikan kes mana kita yang didesak dan sebagainya.

“Saya lihat iltizam kerajaan, kalau sekiranya kerajaan mempunyai will power dengan tidak campuri apa-apa urusan, maka jangan terkejut ada lagi kes-kes yang ditimbulkam. Kalau sekiranya ada campur tangan, akan ada banyak kes tak boleh keluar, tu bezanya.

“Kes-kes yang bicara sekarang, kalau sekiranya ada kes ditarik balik semua ada sebab, tapi generally semua kes masih jalan seperti biasa dan mungkin masyarakat pun kena adil dengan kita.

“Ada kes-kes yang telah dapat keputusan ialah kes profil tinggi, yang mana keputusan memihak kepada pendakwaan. Masa datang sabitan tapi tak ramai cakap, mungkin satu dua kes libatkan pertuduhan ditarik balik, itu bising sangat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat