Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas pengerusi parti,Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu menyertai mereka.

Namun Menteri Dalam Negeri itu menegaskan Dr Mahathir dan partinya, Pejuang tidak boleh meletakkan sebarang syarat.

Lagipun, perlembagaan Bersatu tidak melarang penyertaan Mahathir, yang terlucut keahlian pada Jun tahun lepas kerana memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas parti keluar gabungan itu.

“PN menerima sesiapa (yang) mahu ikut segala perkara dalam perlembagaan (parti) dan tanpa apa-apa syarat. Bebas (untuk) sesiapa menyatakan pandangan, masuk atau keluar (parti),” katanya memetik FMT.

Hamzah mengulas kenyataan Mahathir dalam temubual Malaysiakini, mendakwa ada usaha untuk membawa beliau menyertai PN namun tidak berjaya.

Mahathir berkata usaha itu gagal kerana beliau enggan bekerjasama dengan beberapa watak yang menyokong pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, keadaan mungkin berbeza jika watak berkenaan tiada dalam PN, katanya menurut laporan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat