DOF perkukuh pemantauan & penguatkuasaan tangani IUU fishing

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Sebanyak 63 vesel asing yang disyaki berasal dari Indonesia, Thailand, dan Vietnam telah disenaraikan dalam Senarai IUU-Malaysia sehingga November tahun lalu.

Ianya berdasarkan laporan Jawatankuasa Induk Perikanan Tidak Sah, Tidak Dilaporkan dan Tidak Dikawal (IUU) 2024.

Walaupun jumlah tangkapan vesel asing menunjukkan penurunan daripada 121 kes pada tahun 2020 kepada 82 kes pada 2024, ancaman terhadap sumber perikanan negara masih berterusan dan perlu ditangani segera.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan meningkatkan penguatkuasaan di perairan negara bagi memastikan sebarang aktiviti pencerobohan oleh vesel asing dapat ditangani secara tegas dan menyeluruh.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Hj. Adnan Hussain berkata DOF tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti perikanan haram yang menjejaskan kemandirian sumber perikanan negara dan merugikan nelayan tempatan.

“Mana-mana pihak yang melanggar Akta Perikanan 1985 akan dikenakan tindakan tegas termasuk penyitaan vesel dan denda maksimum.

“DOF turut mengukuhkan sistem pemantauan vesel (VMS) bagi mengawasi pergerakan vesel penangkapan ikan tempatan (VNT), khususnya di Zon B, C, dan C2, serta memantau aktiviti pencerobohan di kawasan perairan yang dikhaskan untuk nelayan tempatan,”katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Usaha menangani aktiviti IUU Fishing terus diperkasakan melalui Jawatankuasa Induk IUU Fishing dan Jawatankuasa Kerja IUU Fishing yang diketuai DOF dengan sokongan pelbagai agensi penguatkuasaan berkaitan.

“Malaysia juga akan terus memainkan peranan utama dalam ASEAN Network for Combating IUU Fishing (AN-IUU) bersama negara serantau bagi menangani ancaman IUU di perairan rantau ini,”katanya lagi.

“DOF menyeru semua pihak, khususnya pemain industri perikanan dan komuniti nelayan, agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan sumber perikanan negara dapat diurus secara mampan demi kepentingan generasi akan datang,”ujarnya. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat