‘BY YOUR SIDE’ Taruhan Terbaharu DISTORTED

- Advertisement -

Selepas memperkenalkan diri melalui single sulung mereka ‘Switch’ tahun lalu, kumpulan tempatan yang sedang meningkat naik DISTORTED kembali dengan sebuah lagi karya yang berjudul ‘BY YOUR SIDE‘. Digubah dan diterbitkan oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Sino, Eneyeqay dan Balo bersama Joseph Chua, lirik lagu ini ditulis oleh ahli DISTORTED juga.

“Single ini menceritakan tentang kesedihan, mengenang dan berkhayal tentang seseorang yang akan sentiasa berada di sisi anda walaupun mereka sudah tiada lagi bersama. Justeru, saya berharap orang yang mendengarnya akan dapat merasai pesan lagu tersebut. Terpulang kepada mereka untuk mengambilnya dan mengaitkannya dengan cara mereka yang tersendiri tetapi nikmatilah seperti mana kami menikmati saat menghasilkannya,” jelas Sino mengenai trek itu.

Lagu yang pada asalnya merupakan selingan untuk album mereka yang akan datang itu juga telah dicipta oleh Sino. “Lagu ini pada mulanya merupakan selingan pendek untuk album kami yang akan datang, ciptaan Sino. Selepas kami membuat keputusan untuk mengubahnya menjadi lagu penuh, kami kemudian menghabiskan beberapa sesi di studio untuk memasukkan bahagian gitar dan menyusun bunyi dram.

“Saya juga masih ingat bahawa kami mengambil masa yang lama untuk memutuskan bagaimana seharusnya bunyi dram itu. Selain itu, sudah agak lama kami tidak menggarap lagu yang memerlukan banyak emosi. Kami telah meluangkan masa untuk menulis kerana topik liriknya agak serius berbanding keluaran kami sebelum ini,” jelas rakan sepasukan Balo mengenai proses rakaman lagu itu.

Sesuai dengan imej muzik mereka yang bergaya, ‘BY YOUR SIDE‘ juga hadir dengan video muzik yang menarik tetapi kumpulan itu tidak banyak mendedahkan tentang projek visual itu. “Anda perlu menontonnya untuk menafsirkan sendiri. Nantikan,” usik Eneyeqay mengenai video muzik yang akan datang. “Kami cuba untuk tidak terlalu berlebihan dengan video ini kerana kami mahu visualnya melengkapi lagu itu. Secara peribadi, saya suka kesederhanaan video itu dan saya bangga dengan rakan-rakan kumpulan saya serta pasukan video muzik kami kerana melakukan persembahan yang penuh kelas dan luar biasa. Saya harap penonton kami akan menghargainya juga,” tambah Balo.

“Ia adalah proses yang sangat lancar dan ia datang secara semula jadi. Ia juga satu pengalaman yang hebat saat bekerjasama dengan orang yang berbakat. Kami sangat teruja dan saya menantikan fasa seterusnya buat kami sebagai satu kumpulan,” akhiri Eneyeqay dengan nada gembira.

‘BY YOUR SIDE’ boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi DISTORTED.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat