Kerajaan tawar CSA pada Ketua Pembangkang tapi bersyarat – MP Ketereh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan didakwa “menawarkan” kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA).

Perkara itu didakwa Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor, lapor Utusan.

Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu berkata, jika ditandatangani ia bakal memberi peluang kepada Ahli Parlimen menerima peruntukan khas bagi pembangunan kawasan yang menjadi tuntutan pembangkang selama ini.

“Sudah ada tawaran tandatangan untuk menyokong. Ada syarat-syaratnya.

“Kalau cakap macam itu (beri sahaja peruntukan) tidak mengapa, masalahnya ada syaratnya. Kalau syaratnya ketat bagaimana?” lapor akhbar itu.

November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau tidak pernah menghalang atau meletakkan syarat ketat dalam soal pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Kata Anwar, beliau mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu berunding bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof terlebih dahulu berhubung peruntukan pembangunan kawasan.

Pada 13 Sept 2021, kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Ketika itu, PH dalam blok pembangkang dengan perjanjian dimeterai ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat