‘Saya jadi bingung. berterabur otak sekejap’ – Khai Bahar

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyanyi Khai Bahar, 29, sudah menyelesaikan secara baik salah faham mengenai dia didakwa mempermainkan hati seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, dia sendiri keliru dan tidak tahu apa salahnya tapi akhirnya ia terlerai tanpa jadi meleret.

“Tak ada apa pun, cuma salah faham saja. Bila membacanya, saya pun terkejut dan terus hubungi individu yang dikaitkan itu. Saya tanya terus dan selesaikan cara baiklah.

“Bila sudah selesai, individu yang ‘tweet’ itu saya tak salah pun. Dia pun padam ciapan mula-mula itu sebab tak nak hal ini dipanjangkan. Ini sebab saya tak ada salah pun dengan orang.

“Alhamdulillah dan selesai dan ia tidak terus meleret. Saya kenal, cuma memang ia salah faham saja,” katanya ketika ditemui di sidang media Majlis Berbuka Puasa bersama Khai Bahar meraikan anak yatim dan miskin Raudhatul Al Faeez, di sebuah hotel di Ampang, di sini.

Penyanyi lagu Luluh itu tidak menafikan salah faham mungkin tercetus kerana sifatnya yang terlalu mesra.

Khai akui dia memang tidak memilih dalam berkawan tapi mahu lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya sendiri tuan badan yang tengok hal-hal begini dan rasa bukan salah saya, terus cakap dengan orang itu, tanya apa salah saya? Kalau salah saya, saya minta maaf. Kalau bukan salah saya, tolonglah selesai cara baik.

“Saya berkawan dengan semua orang. Jadi, bila sudah jadi macam ini, saya rasa bingung sekejap. Berterabur sekejap otak, sebab takkanlah saya sekejam itu.

“Saya pun ada hati dan perasaan juga macam orang lain. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Baru-baru ini, satu ciapan mengaitkan penyanyi yang bersih daripada kontroversi itu mencetuskan tanda tanya apabila dia diminta untuk memohon maaf kerana mempermainkan seorang wanita.

“Pandailah kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak, kau ‘blah’ macam itu saja. Alasan sebab malu. Gila.

“Malas nak ‘ngeteh’. Tapi Khai, kalau kau baca ‘tweet’ aku ini, aku nak pesan kau satu saja. Tolong minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam itu saja sampai ke sudah. Berjanji itu ini lepas itu kau hilang menyepi. Jadi orang itu, tolong berhati perut sikit,” demikian ciapan ditujukan padanya itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat