Pejawat Awam Negeri Pahang Terima KGT Tambahan Khas Sebanyak RM100 – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas berjumlah RM100 berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan kenaikkan KGT Tambahan Khas itu berkata, pemberian ini melibatkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 orang penjawat awam Pahang.

“Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas Tahun 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam Negeri Pahang.

”Kenaikan KGT Tambahan Khas ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 di mana Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian ini kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari 2023.

”Oleh yang demikian, mengambil kira peranan penting penjawat awam negeri yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pahang, Kerajaan Negeri telah bersetuju menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan ini.” katanya menerusi Facebook beliau, pada Rabu.

Jelas Wan Rosdy lagi, pemberian KGT Tambahan Khas ini tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2023 dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.

“Saya berharap dengan pemberian KGT Tambahan Khas ini, penjawat awam Negeri Pahang dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.” Ujarnya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat