Penolong akauntan terima rasuah direman

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang penolong akauntan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Wanita berusia 42 yang bertugas di pejabat setiausaha kerajaan Pahang ditahan semalam ketika dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, petang semalam.

Perintah reman sehingga 21 Mac itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Suspek dikatakan meminta dan menerima suapan antara RM50 hingga RM2,500 daripada seorang pemilik syarikat bagi mempercepatkan pembayaran tuntutan kerja penyelenggaraan kenderaan jabatan di bengkel milik syarikat itu.

Dia dipercayai melakukan kesalahan itu antara bulan April 2021 hingga Februari lalu membabitkan jumlah suapan RM41, 768.

Siasatan terhadap suspek dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat