MB Terengganu Jumpa PM Bincang Isu Negeri, Persekutuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar petang semalam membincangkan banyak agenda negeri dan Persekutuan.

Samsuri dalam perkongsian di media sosialnya menyatakan, mengurus tadbir negeri dan Pusat memerlukan lebih daripada “political will” untuk melaksanakan tajdid yang hakiki, untuk melonjakkan minda masyarakat ke arah Maju, Berkat dan Sejahtera.

“Alhamdulillah selesai pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana pada petang (semalam), Selasa 14 Mac 2023.

“Pelbagai perkara dibincangkan dengan penuh semangat keterbukaan dan positif, berkait dengan urusan Negeri Terengganu dan Persekutuan,” kata Samsuri.

Beliau memberitahu antara agenda yang diperincikan bersama Perdana Menteri ialah program pembasmian kemiskinan, pembangunan, kewangan dan lain lain.

Sementara itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Samsuri dan berharap pertemuan dan perbincangan itu bermanfaat untuk rakyat Terengganu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat