Keutamaan Umno harus berubah, bangkit semula keterujaan rakyat – Hasni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad mahu membawa perubahan kepada keutamaan parti bagi menjelmakan semula keterujaan rakyat terhadap Umno.

Meskipun mengakui perubahan dalam keutamaan parti bukanlah tugas mudah dan memerlukan tempoh masa panjang namun, Bekas Pengerusi Umno Johor itu percaya ia mampu dilaksanakan dengan kerjasama semua.

Dalam video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Hasni berkongsi satu kisah yang menjadi inspirasi untuk beliau terus berjuang mempertahankan Umno.

“Saya ada berjumpa dengan seorang anak muda datang dari keluarga Umno, Iskandar yang bekerja dengan syarikat multinasional. Dia menyatakan masih percaya kepada Umno.

“Dia suarakan bahawa, Umno must change its priorities. Percayalah perubahan kepada kepada keutamaan parti akan menjelmakan semula keterujaan rakyat terhadap Umno.

“Mungkin ianya bukanlah mudah atau memerlukan masa, but we should be brave enough to make the hard choices,” kongsi Hasni yang juga bekas Menteri Besar itu lagi.

Beliau malah menyeru semua ahli Umno untuk melakukan perubahan itu sekarang.

“Kita perlu mulakannya sekarang, Insyallah sama-sama kita lakukan,” seru beliau.

Dalam pada itu, Hasni juga menjelaskan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan kali ini.

“Umno adalah parti saya, jatuh bangunnya parti ini saya tetap bersamanya. Saya masih percaya kepada Umno dan saya masih lagi percaya kepada kebaikan yang ada pada Umno.

“Pada hari ini keadaan Umno amat berbeza dari dahulu… kita tidak lagi mempunyai majoriti yang besar dalam Dewan Rakyat dan juga di sesetengah Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Mungkin kitaran politik semasa menjadikan Umno sebegitu, namun ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Selain Hasni, pemilihan Umno bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu.

Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut bertanding Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mohd Yusof M[email protected] yang merupakan ahli Umno Bahagian Iskandar Puteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,282FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat