DUN Kedah Lulus RUU Anti Lompat Parti

- Advertisement -

ALOR SETAR – Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah hari ini, sebulat suara meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri bagi melarang Ahli Dewan Negeri (Adun) daripada melompat parti.

Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (Pindaan) 2023 itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi bacaan kali pertama dan kedua yang kemudian disokong Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Tokai).

Keputusan itu diumumkan Speaker Dun Kedah, Datuk Juhari Bulat selepas kesemua Adun yang hadir sebulat suara menyokong pindaan rang undang-undang itu apabila dibentangkan Muhammad Sanusi (Pas-Jeneri) buat kali ketiga.

Terdahulu, seramai lima Adun mengambil bahagian dalam perbahasan RUU berkenaan iaitu Datuk Zamri Yusuf (PKR-Suka Menanti), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jitra), Mohd Azam Abd Samat (Pas-Sungai Limau), Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baharu) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Anak Bukit).

Mukhriz berkata, kelulusan RUU ini dapat memberi penambahbaikan kepada sistem demokrasi terutamanya apabila amalan melompat parti semakin kerap berlaku.

“Saya bersetuju RUU ini sebahagian daripada proses penambahbaikan proses demokrasi dalam negeri, terutama apabila amalan lompat melompat semakin menjadi jadi.

“RUU ini dapat membantu meningkatkan keyakinan orang ramai khususnya anak muda yang baru mengenali sistem demokrasi yang kita amalkan,” katanya ketika ditemui selepas Sidang DUN Kedah.

Sementara itu, Norsabrina menjelaskan kesetiaan mempunyai nilai yang sangat tinggi dan penting dalam memastikan kestabilan negeri.

“Bila parti membuat sesuatu keputusan untuk beralih sokongan dari segi gabungan, maka kami akur kerana nilai kesetiaan itu.

“Pada masa, sebagai Adun kita akan pastikan mandat rakyat tidak dicabuli demi kepentingan diri sendiri,” katanya.

RUU ini dijangka akan diwartakan pada 1 April ini, selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat