Azizulhasni Umum Tarik Diri Dari Piala UCI

- Advertisement -

PETALING JAYA – Hasrat untuk melihat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meneruskan momentum kemenangan di Kaherah, Mesir tidak kesampaian apabila mengumumkan penarikan diri daripada Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.

Pelumba berusia 35 tahun itu dijadualkan turun beraksi dalam acara keirin esok, diikuti pecut pada Jumaat.

Azizulhasni bagaimanapun terpaksa melupakan perlumbaan selepas mengambil kira nasihat doktor dan faktor lain yang memerlukan beliau berehat seketika.

“Demi memberi ruang untuk mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis,”

“Saya memohon supaya anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini,” katanya dalam Instagram hari ini.

Azizulhasni dijangka menjadi sebahagian daripada program baharu ‘Road To Gold’ yang menyasarkan atlet berpotensi untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik di Paris tahun depan.

Bulan lalu, juara dunia 2017 itu memenangi pi­ngat perak acara keirin pada Piala Negara-Negara (dulu dikenali Piala Dunia) di Jakarta dengan catatan masa 10.263 saat (s), tewas tipis 0.024s di belakang juara, Harrie Lavreysen dari Belanda.

Kemenangan itu diraih kurang 12 bulan selepas dia menjalani pembedahan jantung terbuka di Hospital Epworth Richmond, Melbourne. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat