Selangor Larang Program Libatkan Umat Islam Di Rumah Ibadat Agama Lain

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sebarang program membabitkan umat Islam dilarang diadakan di rumah ibadat agama lain selain masjid dan surau, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Katanya, kerajaan negeri menyambut baik penganjuran program berbentuk kefahaman dan nilai toleransi antara agama, namun perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Usaha tersebut (program toleransi antara agama) disambut baik oleh kerajaan negeri, namun program-program yang dianjurkan haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan Jais terutamanya membabitkan faktor perundangan.

“Pihak Jais sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan digariskan di bawah Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

“Kerajaan Selangor sentiasa menghormati kemajmukan dan perbezaan agama yang ada di negeri tercinta ini, justeru setiap NGO perlu lebih berhati-hati dalam menganjurkan program yang melibatkan sensitiviti keagamaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, NGO digalak merujuk kepada Jais dan Jabatan mufti sekiranya mempunyai kemusykilan berhubung perkara berkenaan.

“Kerajaan negeri berharap pihak Jais dan Jabatan Mufti dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak terutamanya berkenaan garis panduan program keagamaan di rumah ibadah agama lain,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ‘ajakan’ kepada golongan Muslim untuk menziarahi gereja oleh sebuah NGO, dengan program turut membabitkan rumah ibadat bagi agama lain termasuk ziarah masjid.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagaimanapun memaklumkan bahawa program itu tidak membabitkan individu beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat