Apple perkenal Mac Studio dengan M1 Ultra

- Advertisement -

Apple memperkenalkan desktop kelas tinggi termasuk dua lagi produk sedia ada iaitu iPad Air dan iPhone SE ketika majlis khas ‘Peek Performance’ awal pagi tadi.

Majlis itu adalah yang pertama untuk Apple pada tahun ini dan syarikat gergasi berkenaan memperbaharui variasi cip silikon mereka iaitu dengan pengenalan Apple M1 Ultra.

Secara asasnya, Apple M1 Ultra berkenaan adalah gabungan dua Apple M1 Max menggunakan prinsip binaan B-Die sekali gus memberi penawaran prestasi paling maju di pasaran.

Pengenalan cip baharu berkenaan memberi gambaran jelas bahawa Apple menambah variasi silikon mereka bermula dengan Apple M1 sehingga kepada M1 Ultra.

Menerusi pengenalan desktop kelas prestasi, Apple memperkenalkan Mac Studio yang dikuasakan dengan cip pemproses variasi M1 Max dan M1 Ultra khusus untuk pengguna profesional.

Syarikat teknologi itu juga turut memperkenalkan Studio Display dengan penawaran 27 inci resolusi 5K bersama paparan Retina.

Cip Apple M1 Ultra berkenaan menawarkan keupayaan CPU 3.8 kali lebih pantas berbanding iMac 27 inci dengan 10 teras pemproses serta lebih 90 peratus untuk prestasi CPU Mac Pro dengan pemproses Xeon 16 teras.

Mac Studio berkenaan direka dengan hanya berukuran 9.5 sentimeter tinggi serta 19.7cm panjang sekali gus mampu memuatkan mana-mana ruang stesen kerja tanpa sebarang masalah.

Pada majlis sama, Apple turut memperkenalkan generasi baharu iPhone SE 2022 dengan pemproses A15 Bionic dan kali ini, Apple masih mengekalkan rekaan TouchID fizikal di bahagian bawah dengan ruang besar di bahagian atas.

Peranti pintar ini didatangkan dengan paparan 4.7 inci brsama-sama sokongan jaringan telekomunikasi termaju 5G sekali gus peranti ini boleh dikatakan dalam kelas pertengahan untuk generasi iPhone.

Sejajar dengan perluasan barisan silikon oleh Apple, iPad Air versi baharu akan didatangkan dengan cip Apple M1 sekali gus menawarkan kuasa pemproses lebih baik daripada generasi terdahulu.

Ini membuktikan bahawa Apple komited untuk memberi pengalaman yang lebih menakjubkan kepada pengguna dan kini, keupayaan prestasi iPad Air dipertingkatkan lagi.

Tanda harga untuk Apple Mac Studio bermula RM8,799 manakala Studio Display bermula RM6,999 dan tempahan boleh dilaksanakan menerusi laman web rasmi Apple iaitu apple.com/my/store.

Bagi iPhone SE ini adalah RM2,099 dan didatangkan dengan tiga variasi storan iaitu 64Gb, 128GB dan 256GB.

Apple iPad Air dengan cip pemproses M1 pula bermula RM2,699 dengan konfigurasi storan 64GB dan 256GB.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat