UMNO tekad rampas semua ‘kawasan lompat’, Tajuddin jawab Azmin

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertegas, UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya “milik” parti berkenaan di seluruh negara.

Penegasan ini dibuat susulan laporan bahawa Perikatan Nasional (PN) mengajak UMNO kembali ke meja rundingan, khususnya berkaitan 13 kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu sebelum ini.

“Pendirian UMNO ialah mengambil semula semua ‘kawasan lompat’ itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Tajuddin berkata, keputusan UMNO itu tidak bermakna parti itu berhasrat untuk memusnahkan kerajaan PN, seperti dakwaan Ketua Penerangan gabungan itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta UMNO tidak memusnahkan kerjasama yang dibina sejak setahun lalu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya UMNO mahu memusnahkan kerajaan PN. Tidak ada tujuan kita untuk memusnahkan. Itu sebab kita kata UMNO akan sokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya.

Terdahulu PN mengajak UMNO supaya kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama tersebut.

“Kalau itulah yang menjadi tuntutan mereka, ayuh kita bincang. Jangan kerana 13 kerusi Parlimen ini seluruh kerajaan mahu diruntuhkan,” kata Azmin.

Tajuddin berkata, keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik parti berkenaan bukanlah dibuat secara suka-suka, sebaliknya bertujuan untuk menjaga UMNO.

Menurutnya, ini memandangkan terdapat pihak yang mahu menghancurkan UMNO di peringkat akar umbi dan atasan dengan menarik ahlinya.

“Kita buat keputusan hendak jaga parti kita. Apabila parti kita terjaga, baru kita boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Kalau parti kita hancur, kita hendak berkhidmat bagaimana? Sekarang ini, apa yang berlaku silap hari bulan, UMNO yang akan hancur,” katanya. -SuaraTV

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...