Xavier tak jawab isu SPRM punca keluar PKR

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar enggan mengulas dakwaan yang mengatakan beliau tinggalkan PKR ekoran ‘ditekan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setelah dikejar pemberita, Xavier hanya memberikan sebaris kenyataan berhubung dakwaan terbabit.

“Saya berpegang pada kenyataan saya berikan sebelum ini. Itu saja,” katanya memetik Malaysiakini selepas program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat, Banting Selangor.

Xavier yang juga bekas Naib Presiden PKR juga menolak untuk memberikan respons lanjut susulan kenyataannya yang meluahkan rasa kecewa akan parti itu sejak lalu.

Pada 13 Mac lalu, Xavier menyatakan antara sebab dia keluar dari parti yang disertainya sejak tahun 1998 itu kerana dia “sangat kecewa” dengan PKR.

Katanya, keutamaan sekarang adalah untuk menyokong usaha kerajaan membendung wabak Covid-19, menciptakan peluang pekerjaan dan membangunkan semula ekonomi.

“Ini memerlukan sokongan bipartisan untuk memastikan usaha kerajaan dipenuhi.

“Orang ramai mahukan kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sakit. Ke arah ini, kita perlu bekerjasama, bukan saling menentang,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Tindakan Xavier itu menyusuli dua lagi bekas ahli parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) yang meninggalkan parti itu pada penghujung Feb lalu.

Susulan itu, Ahli Parlimen PKR Sivarasa Rasiah mendakwa tindakan Xavier menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ‘ditekan’ selepas ‘siasatan terpilih’ oleh SPRM.

Jelas Sivarasa, tidak mungkin Xavier bertindak demikian jika bukan kerana agensi tersebut.

Untuk rekod, bulan lalu SPRM telah menahan “kenalan keluarga” Xavier, MA Thinagaran.

Siasatan terhadap Thinagaran didakwa berkenaan projek kerajaan di Perak yang dimulakan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

SPRM juga dilaporkan telah menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalannya berhubung kes yang sedang berlangsung. Xavier sendiri menjadi subjek siasatan, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Bagaimanapun, SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa suruhanjaya itu dijadikan sebagai ‘senjata politik’.

Sebentar tadi, Xavier hadir bersama isterinya sekitar jam 9.07 pagi di kompleks terbabit bagi menerima suntikan dos pertama Covid-19 bersama beberapa petugas barisan hadapan yang lain.

Mengulas berhubung suntikan itu, Xavier turut menasihati rakyat khususnya di Kuala Langat untuk mendapatkan vaksin tersebut jika dipanggil.

“Nasihat saya kepada rakyat khususnya di Kuala Langat untuk mendapatkan suntikan vaksin, bila dipanggil, sila hadir.

“Tiada masalah, jangan bimbang, suntikan ini sihat dan selamat.

“Saya tak rasa pun jarum itu mencucuk bahu kerana jarum yang digunakan sangat halus,” katanya lagi.

Selain itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi yang ditemui pemberita menyifatkan tindakan Xavier itu satu berita baik bagi memperkukuh kerajaan.

“(Tindakan Xavier) satu berita baik untuk memperkukuhkan kerajaan kerana kerajaan ini walaupun tempoh hari tidak stabil sekurang-kurangnya apabila ada yang memberi sokongan kepada PN ia akan menjadi lebih stabil

“Inilah kerajaan yang kita mahu iaitu kerajaan yang stabil tetapi soal dia keluar parti itu soal individu yang saya kira cantiknya kalau dia keluar itu secara sukarela melihat kepada situasi kemampuan kerajaan mentadbir urus hari ini,” jelasnya.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

PKPD Di Empat Kawasan Di Sabah, Kelantan dan Pahang Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul...

Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya,...