SUSK Tok Pa Parah Kereta Terlanggar Besi

- Advertisement -

PETALINGJAYA: Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang menteri parah selepas terlanggar objek dipercayai besi di tengah jalan di Kilometer 14.6 Lebuhraya Utara Selatan hala ke Damansara, awal pagi tadi.

Difahamkan mangsa adalah SUSK Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit memandu Proton X70 disyaki terlanggar besi di tengah lebuh raya yang menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan hingga melanggar penghadang kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, objek berkenaan berkemungkinan terjatuh dari lori yang melalui jalan berkenaan kerana tiada kerja pembinaan sedang dijalankan di sekitar kawasan terbabit ketika itu.

“Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ara Damansara dan disahkan patah tulang hidung dan bahagian pipi.

“Sementara, kereta mangsa mengalami kerosakan di pelbagai bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mengetahui mengenai kejadian itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Al Rassid Borhanudin di talian 019-9905570 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya 03-79662176,” katanya.

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat