KKM Terima 25,000 Test Kits Bernilai Lebih Setengah Juta – Dr Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sejumlah 25,000 test kits bernilai RM528,000 yang disumbangkan oleh syarikat Siemens Malaysia Sdn Bhd.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan perkara itu selepas menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia Sdn. Bhd, Adam Yee dan Managing Director of Siemens Healthcare, Rod Frazer, hari ini.

“Siemens Malaysia telah menyumbang 25,000 unit test kits bernilai RM528,800.00 sebagai komitmen dan sokongan Siemens Malaysia dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

“KKM juga berterima kasih kepada Siemens Malaysia di atas sokongan berterusan dan mengharapkan industri akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan dalam melalui krisis ini,” kata Dr Adham, dipetik dari kenyataan di facebook beliau.

Dalam pertemuan itu, Dr Adham turut memaklumkan perkembangan terkini pandemik Covid-19 yang setakat ini merekodkan penurunan kes Covid-19 yang ketara sejak 27 Februari lalu.

Hadir sama dalam perjumpaan berkenaan, Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Hishamshah Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) dan Encik Fabian Bigar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa KKM.

Terdahulu, KKM telah menerima sebanyak 12,500 test kits kumpulan pertama daripada Siemens Malaysia yang kemudiannya dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan pada 10 Februari.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat