Kompaun Pembantu Tukang Masak Di Kampung Rapat, Ipoh Tidak Wujud

- Advertisement -

IPOH: Dakwaan berhubung kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikeluarkan di Kampung Rapat di sini yang dipaparkan di laman sosial Facebook ‘Kuan Chee Heng’ pada Ahad, adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata semakan pihaknya mendapati tiada kompaun seperti didakwa telah dikeluarkan oleh pasukan pemeriksa SOP PKPB dalam kalangan polis daerah Ipoh setakat ini.

“Semakan lanjut dengan pemilik facebook Kuan Chee Heng juga mendapati bahawa individu yang mendakwa dikompaun, gagal dihubungi melalui nombor telefon yang diberikan oleh pemilik akaun laman sosial berkenaan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai Kampung Rapat mengenai perkara yang tular itu bagi menyiasat kejadian.

Status yang dimuat naik itu turut dikongsikan laman sosial facebook ‘Najib Razak’ dan mendapat perhatian ramai.

Status itu mendakwa seorang pembantu tukang masak dikenakan kompaun RM10,000 semasa keluar menerusi pintu belakang restoran berkenaan untuk menghisap rokok, dan dia tidak dapat mengirimkan wang kepada ibunya berikutan terpaksa berhutang dengan pihak restoran bagi membayar kompaun berkenaan, dan gajinya turut dipotong untuk membayar hutang.

Asmadi mengingatkan agar segala isu berkaitan tindakan undang-undang oleh pihak polis disalurkan dengan betul dan tidak disebarkan dengan sewenangnya di media sosial tanpa disokong fakta sebenar bagi mengelak penyebaran maklumat palsu.

“Saya ingin menegaskan bahawa pihak polis sentiasa menjalankan amanah penguatkuasaan undang-undang dengan adil dan profesional khususnya dalam mengawal penularan wabak COVID-19 melalui tindakan yang tegas,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat