Kes ingkar SOP melonjak

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam naik kembali setelah turun sehari sebelumnya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 337 individu ditahan semalam berbanding 223 individu dicekup kelmarin dan 369 individu diberkas Khamis lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 289 dikompaun dan baki 48 lagi direman dengan kes tertinggi ialah gagal patuh jarak fizikal sebanyak 109,” katanya melalui kenyataan akhbar hari ini.

Ini diikuti aktiviti pusat hiburan (72), tiada sedia alat rekod butiran diri (55), rentas kawasan tanpa izin (42), tiada memakai pelitup muka (41), dan pelbagai lagi kesalahan lain (18).

Kesemua dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 68,046 pemeriksaan dan melibatkan penugasan sejumlah 3,260 pasukan di seluruh negara.

Ismail Sabri menambah, seramai 14,786 anggota itu memantau sebanyak 6,120 restoran, 4,662 pasar raya, 4,003 penjaja, 3,234 bank, 2,454 kilang selain 769 buah pejabat kerajaan.

Turut dipantau oleh pasukan berkenaan ialah sejumlah 3,311 terminal pengangkutan darat, 1,748 terminal pengangkutan air dan 571 terminal pengangkutan udara di seluruh negara.

Seramai tujuh orang pendatang asing tanpa izin ditahan semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan negara dan membendung kes wabak Covid-19.

“Dua kenderaan darat dirampas selain 98 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” tegas Ismail Sabri.

Op Benteng itu ujar beliau lagi, turut mengadakan 264 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 47 dilaksanakan polis.

Beliau memaklumkan bahawa sejumlah 76 operasi sanitasi awam juga dilakukan di negara ini semalam yang meliputi 25 zon merah, lima zon jingga, tujuh zon kuning dan dua zon hijau.

Ia melibatkan penugasan seramai 422 anggota bomba, 227 anggota pihak berkuasa tempatan dan 10 lagi dari pelbagai agensi serta dibantu dengan penggunaan 72 buah jentera bomba.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 802 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya telah diarah untuk menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

“Sejumlah 7,015 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 80 hotel serta sembilan institusi latihan awam dan swasta seluruh negara,” kata Ismail Sabri.

Seramai 1,020 individu terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 135,883 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 596 peruncit, 154 pemborong dan 32 pengilang.

Penguat kuasa kementerian tersebut kata Ismail Sabri, juga melakukan sejumlah 2,044 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis terbabit mematuhi peraturan.

 

_utusanonline­_

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat