DAP ‘Bebas’ Langgar SOP, Rakyat Makan Di Kedai Kena Denda RM10,000 – Razlan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii menyelar sebuah parti DAP  kerana tidak mematuhi SOP ketika Konvensyen DAP Perak yang berlansung semalam sedangkan rakyat yang melakukan kesalahan sama, akan didenda sebanyak RM 10,000.

“Semalam, berlansung (berlangsung) satu Mesyuarat di Perak bagi Parti DAP, seramai lebih 1500 perwakilan hadir didalam satu dewan.

“Ada insiden pegang memegang, insiden tarik menarik, insiden cakap tanpa face mask, insiden duduk berdekatan, dan namakan sahaja peraturan SOP yang sepatutnya mereka patuhi”, tulis beliau dalam lamabn Facebooknya.

Beliau juga mendesak Pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri jangan double standard dalam hal ini. Rakyat mahu lihat apakah bentuk Saman dan Kompaun yang akan dikeluarkan oleh pihak Polis terhadap mereka yang berada dalam Gambar ini dan apakah tindakan Pihak Polis terhadap Penganjur yang gagal dalam mematuhi SOP.

Katanya lagi, rakyat merasa terhina apabila undang-undang ini dikenakan kepada mereka yang dikatakan melanggar SOP walaupun boleh dipertikaikan, namun apakah kerajaan berani menegakan undang-undang apabila melihat Mesyuarat DAP ini yang jelas telah melanggar SOP”.

“Sekira pihak Kerajaan melihat dan menunding jari kepada mana-mana pihak dan beralasan mahu menyiasat atau tidak, maka tidak guna Darurat yang ada sekarang. Bubarkan sahaja Darurat”, tulisnya di akhir hantaran tersebut,” tegasnya. -SuaraTV

sumber: FB Razlan Rafii

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat