Gol ‘ihsan’ Dawson selamatkan United

LONDON: Manchester United melakukan apa yang sepatutnya – memenangi perlawanan untuk memintas Leicester City dan kembali ke tangga ketiga.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu gagal mempamer aksi terbaiknya pagi tadi, namun mereka tidak peduli asalkan tiga mata penuh menjadi milik pasukan.

Gol sendiri pemain West Ham, Craig Dawson sudah cukup untuk membantu United menang 1-0 di Old Trafford, sekali gus kembali ke tangga kedua dengan satu mata mengatasi Leicester.

West Ham pula di tangga kelima dengan 48 mata – sembilan mata ditinggalkan United dan tiga mata di belakang kelompok empat terbaik.

Solskjaer menyifatkan kemenangan itu amat penting kerana mereka mengharungi minggu yang sangat ‘besar’ dan mustahak.

United akan bertandang ke Milan, Itali untuk aksi kedua, pusingan 16 akhir Liga Europa, Khamis ini.

Red Devils yang terikat 1-1 dalam perlawanan pertama menentang AC Milan minggu lalu kemudian akan menentang Leicester pada suku akhir Piala FA, Ahad ini.

“Kami mula membina momentum dan melebarkan jurang dengan West Ham, itu paling penting.

“Kami mahu memperbaiki pencapaian musim lalu dengan menduduki tangga kedua, mara ke final (Piala FA, Europa) jadi minggu ini sangat mustahak,” kata Solskjaer.

United kini tidak tewas dalam 13 perlawanan dan hanya dibolosi satu gol dalam enam aksi terakhir.

Mereka bagaimanapun sudah terlalu jauh ditinggalkan pendahulu, Manchester City dengan 14 mata di belakang.

_utusanonline_

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...

Adham kecewa kes harian Covid-19 tak turun kepada 500

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini...

Tiada Cadangan Laksana PKP Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP...