100,000 pekerja Malaysia di Singapura terima vaksin Covid-19 fasa kedua

- Advertisement -

PONTIAN: Seramai 100,000 rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi fasa kedua pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu diputuskan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini.

Beliau berkata, ketika ini satu sistem sedang dibangunkan bagi membolehkan golongan berkenaan mendaftar bagi mengikuti program itu.

“MOSTI menerusi satu program khas setuju untuk beri vaksin kepada mereka yang bekerja di Singapura. Secara keseluruhannya, dianggarkan seramai 400,000 pekerja yang berulang alik setiap hari.

“Tetapi pada peringkat awal ini, kementerian (MOSTI) akan ketepikan vaksin untuk 100,000 orang dahulu,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pertubuhan Peladang di Daerah Pontian yang diadakan di Parit Dahlan, Benut, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Samsolbari Jamali dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Johor, Datuk Sawalludin Ahmad.

Menurut Hasni, langkah itu membolehkan seramai 100,000 pekerja Malaysia di Singapura menerima suntikan vaksin Covid-19 seiring dengan golongan warga emas dan berpenyakit kronik.

“Pemberian suntikan vaksin Covid-19 bagi fasa pertama berakhir April ini, seterusnya pelaksanaan fasa kedua dilakukan selepas itu.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dan memahami keperluan untuk meningkatkan semula ekonomi khususnya di Johor dengan membolehkan rentas sempadan dilakukan.

“Langkah ini diharap dapat membantu mempercepat semula pembukaan sempadan sekali gus melonjakkan kembali sektor ekonomi di negeri Johor,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menasihati masyarakat untuk sama-sama mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi menjayakan usaha mengekang penularan pandemik Covid-19.

“Saya sendiri telah menerima suntikan berkenaa, dan sehingga hari ini semuanya baik sahaja,” katanya lanjut

_utusanonline_

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat