Jabatan Perhutanan tumpaskan 304 kesalahan hutan, 491 individu ditangkap

Oleh Zihan Zari

PEKAN – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama Jabatan Perhutanan Negeri berjaya menumpaskan sebanyak 304 kes berkaitan kesalahan hutan termasuk melakukan sejumlah 491 tangkapan yang membabitkan warga tempatan dan asing di Semenanjung Malaysia sepanjang tahun 2025.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Hj. Zahari Ibrahim berkata, sebanyak 75 kes dikesan melalui aktiviti rondaan secara berjadual dengan kerjasama anggota Unit Penguatkuasa daerah dan negeri.

“Kita melakukan 491 tangkapan sepanjang tahun lalu membabitkan 447 warga tempatan dan 44 warga asing. Kesemua tangkapan ini telah diambil tindakan di bawah akta dan perundangan jabatan ini.

“Warga asing yang ditangkap membabitkan seramai 13 warga Myanmar, Indonesia (11), Bangladesh (6), Vietnam (3), China (3), Kemboja (2), Kenya (2) dan Pakistan (2), ”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Flag-Off Operasi Bersepadu Penguatkuasaan JPSM dengan Jabatan Perhutanan Negeri, ‘Ops Limau 2026’ sempena musim perayaan
Tahun Baru Cina, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan) JPSM, Dato’ Hj. Roslan Rani; dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi & Teknikal) JPSM, Dato’ Mohd Radhi Chu Abdullah.

Dalam pada itu, Ops Limau akan dilaksanakan pada 11 hingga 27 Februari 2026, melibatkan kerjasama strategik antara JPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri melalui pelaksanaan rondaan bersepadu, pemantauan berterusan serta tindakan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh dan sistematik di lapangan.

Zahari berkata pelaksanaan operasi ini adalah sebagai langkah proaktif susulan peningkatan permintaan terhadap hasil hutan, khususnya kayu balak dan produk berasaskan kayu, yang lazimnya berlaku menjelang musim perayaan dan berpotensi meningkatkan risiko pelanggaran undang-undang perhutanan.

Ujarnya, operasi ini bukan sahaja memastikan aktiviti pengeluaran, pengangkutandan perdagangan hasil hutan dilaksanakan secara sah dan mematuhi peraturan semasa, malah berperanan dalam membendung aktiviti pembalakan haram serta penyeludupan hasil hutan sepanjang musim perayaan.

“Pelaksanaan operasi ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan khususnya JPSM dalam menyokong agenda Kerajaan MADANI, khususnya dalam memperkukuh tadbir urus, integriti serta pengurusan sumber asli secara mampan demi kepentingan generasi kini dan akan datang selain melindungi khazanah hutan negara yang bernilai tinggi.

“Melalui pendekatan operasi bersepadu ini, JPSM turut memperkukuh penyelarasan antara peringkat persekutuan dan negeri , di samping memperkasakan peranan penguatkuasaan sebagai tunjang utama dalam pemeliharaan dan kelestarian sumber hutan negara, ”ujarnya lagi.

Tambahnya, pemeliharaan hutan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, malah memerlukan sokongan semua pihak termasuk pemain industri, komuniti setempat dan masyarakat umum.

“Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan melalui saluran rasmi JPSM bagi membantu usaha membanteras aktiviti haram, ”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat