PN bentuk jawatankuasa khas kaji kes Nik Elin, impak kepada undang-undang syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan persidangan meja bulat bagi mencadangkan tindakan-tindakan susulan bagi memperkasakan kedudukan perundangan syariah khususnya dan kepentingan umat Islam amnya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat Khas Majlis Tertinggi malam tadi telah membincang dan memperhalusi secara khusus isu keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan baru-baru ini dan kesannya terhadap perundangan syariah, umat Islam dan masyarakat Malaysia amnya.

Jelas beliau, PN memandang serius keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut yang diyakini akan memberi kesan besar terhadap kedudukan dan skop undang-undang syariah di Malaysia.

“Sehubungan itu, PN akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat yang akan diketuai oleh Datuk Idris Ahmad dan mewujudkan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi mencadangkan tindakan-tindakan susulan bagi memperkasakan kedudukan perundangan syariah khususnya dan kepentingan umat Islam amnya.

“Persidangan Meja Bulat dan Jawatankuasa Teknikal ini akan melibatkan penyertaan pakar-pakar perlembagaan dan perundangan Islam, para ulamak, ilmuwan Islam dan pemegang taruh yang berkaitan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat