PAS sengaja buat-buat tak faham, kelirukan rakyat dengan hina Perlembagaan – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS harus berhenti mengelirukan rakyat dengan menghina Perlembagaan yang telah menjadi asas kepada pembinaan Malaysia.

Mempergunakan isu teknikal undang-undang untuk kepentingan politik, terutamanya berkaitan perihal agama adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab, kata Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tegas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu, kempen seperti ini hanya akan menimbulkan kekeliruan dan kebencian dalam kalangan masyarakat dan tidak akan membawa Malaysia lebih maju ke hadapan.

Menurut Nik Nazmi, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang cuba memberi bayangan bahawa pelbagai pindaan Undang-undang sejak kebelakangan ini telah meninggalkan syariat Islam.

“Melalui tulisan dalam segmen Minda Presiden PAS, beliau turut memberi sindirian kepada para hakim dengan melabelkan kewujudan hakim yang ‘bijaksini’, bukan bijaksana.

“Sudah tentu Hadi Awang cuba menunggang isu berkaitan pembatalan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
Saya tidak terkejut sekiranya beliau tidak memahami isu ini kerana bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan pengamal undang-undang berpengalaman, Datuk Seri Haji Takiyuddin bin Hassan juga gagal memahami isu ini dengan baik.

“Perlembagaan yang dikatakan Hadi sebagai undang-undang penjajah telah memelihara Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak-hak penganut agama dan kepercayaan yang lain.

“Perlembagaan ini turut menyebut:”Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.” katanya.

Sesuatu yang tidak disentuh Hadi adalah kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam pada awal Disember 2024, ujar Nik Nazmi.

“Jawatankuasa ini diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, dan turut dianggotai oleh 10 ahli jawatankuasa yang lain.
“Sudah tentu jawatankuasa ini membantu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Saya yakin Hadi dan Takiyuddin sebenarnya faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham untuk menimbulkan ketakutan umat Islam demi kepentingan sempit mereka,” bidas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat