Polis bersihkan anak tahanan, raih pujian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Saya kesian bila lihat keadaannya tidak terurus,”. Demikian luah seorang anggota polis di Balai Polis Bentong selepas gambarnya membersihkan seorang kanak-kanak tular di media sosial Selasa lalu.

Lans Koperal Siti Sarah Ariffin, 35, berkata, kejadian itu berlaku jam 8.40 malam pada Jumaat lalu apabila kanak-kanak terbabit dibawa oleh seorang lelaki setelah ibunya ditahan di Cheras atas kesalahan jenayah komersial dan dibawa ke Penjara Bentong.

“Saya sedang bertugas ketika itu dan lelaki terbabit memberitahu dia kenalan ibu kanak-kanak tersebut yang diserahkan kepadanya dan datang ke balai kerana ingin menyerahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Keadaan kanak-kanak ketika itu sangat tidak terurus dan dipercayai mengalami masalah autisme selain tidak boleh bertutur,” katanya lapor Sinar Harian pada Khamis.

Gambar tersebut telah mendapat 3,800 tanda suka, 267 komen dan 70 perkongsian setakat ini selepas dimuat naik di Facebook, Friends of PDRM pada Selasa serta mendapat pujian netizen.

Siti Sarah yang bertugas di balai itu sejak enam tahun lalu memberitahu, dia segera membersihkan serta memandikan kanak-kanak terbabit selepas beberapa helai pakaian baharu dan lampin pakai buang yang dibeli Koperal Ahmad Fathi Abdillah.

“Saya tidak sedar masa membersihkan kanak-kanak itu, gambar dirakam dan kemudiannya tular di Facebook pada Selasa,” jelas ibu kepada dua anak lelaki berusia setahun tiga bulan dan lima tahun itu.

Tambahnya, kanak-kanak itu kemudiannya dibawa pulang lelaki terbabit untuk diserahkan kepada JKM dan dia turut menghubungi lelaki berkenaan setiap hari bertanyakan keadaan kanak-kanak terbabit.

“Rasa risau sangat dan hanya lega bila dimaklumkan kanak-kanak itu sudah diserahkan kepada JKM,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat