Kolaborasi 2 band gergasi ‘underground’ CROMOK & A.C.A.B di ‘CLASH OF THE TITAN’

- Advertisement -

Zepp Kuala Lumpur bakal digegarkan dengan dua kumpulan legenda gergasi muzik underground di atas satu pentas yang diberikan nama ‘CLASH OF TITAN’ ‘Cromok & A.C.A.B’, Kumpulan yang dikenali Godfathers of Oi!, A.C.A.B dengan ‘gamechanger Thrash Metal’, CROMOK, dua genre muzik yang berbeza disatukan untuk persembahan yang pasti akan tercatat dalam sejarah industri muzik tanah air untuk peminat muzik underground tempatan.

Konsert anjuran A.C.A.B Productions yang akan berlangsung pada 9 Mac 2024, bertempat di Zepp Kuala Lumpur yang akan bermula pada jam 8.30 malam dan bakal mengumpulkan seramai 3000 peminat-peminat muzik underground tempatan.

Masing-masing pastinya akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu terbaik semasa mereka bergerak aktif dan pastinya akan memberikan impak yang besar buat peminat-peminat yang datang untuk menyaksikan konsert tersebut kerana julung julung kalinya dua kumpulan ini berada diatas satu pentas.

Pastinya ramai tertanya tanya bagaimana harmoni dua genre muzik berbeza dapat disatukan dipentas Zepp itu nanti, tapi yang pasti dua kumpulan ini akan memberikan persembahan Pecah Panggung buat peminat yang hadir nanti.

Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B dan juga pencetus idea Clash of the Titans (bersama Karl Cromok) berkata, “Masa showcase Bangun, aku nampak bukan setakat skinheads dan punks hadir, tapi juga peminat muzik lain dan surprisingly, metalheads ada sekali! Jadi kenapa tak gabungkan sekali dua aliran ni dalam show akan datang, kan?

“Aku ada terjumpa Karl Cromok di Timeless Studio kemudian kongsikan idea ni dekat dia dan lahirlah idea ‘Clash of the Titans’. Tapi ni jugak adalah satu simbolik yang walaupun muzik berbeza, kita tetap boleh enjoy bersama. Aku harap konsert ni kita sama-sama pogo dan headbang di Zepp sepuasnya!”

Sejarah unit Oi!/Street Rock Kuala Lumpur bertaraf legenda ini bermula pada 1994 oleh Max Mohammad dan Edy J. Herwan. Bermula daripada demo ’95 yang keluar melalui Bovver Brigade Records pada 1995, A.C.A.B tidak menoleh ke belakang lagi dengan keluaran-keluaran seperti Eastern Oi! dan Skinhead 4 Life yang mengubah landskap muzik Oi!/Punk tempatan selain mempengaruhi selera muzik ribuan anak-anak muda.

Muzik A.C.A.B bermula dengan Oi!/Street Rock/Ska kemudian menyelitkan pengaruh Heavy Metal menjelang era Orang Timur dan Bangun serta menerima pengaruh Indie Rock pada album terakhir mereka (dikenali sebagai The A.C.A.B). Barisan ahli A.C.A.B Vokal/Gitar: Max Mohammad, Gitar: Edy J. Herwan, Dram: Zeezul Fitri, Bass (jemputan): Andy

Karl, gitaris Cromok turut berkongsi keterujaan beliau, “Pertama kali Cromok akan kolaborasi dengan genre muzik yang berbeza Thrash Metal + Street Punk. Sesuatu yang menarik tak pernah lagi diadakan. Cromok akan main lagu A.C.A.B. Semestinya A.C.A.B akan main lagu Cromok.  ”

Nak tau macam mana agaknya bunyi bila band-band ni trade lagu? Kena datang tengok sendiri! Satu lagi, Cromok akan main lagu yang tak pernah lagi dimainkan secara LIVE. So kalau nak tau lagu apa! datanglah ke Clash of the Titans!”

CROMOK adalah kumpulan Thrash Metal tempatan terawal menempa nama di luar negara, CROMOK ditubuhkan oleh 3 kawan universiti; Sam (bass/vokal), Karl (gitar), Din (gitar) dan Miji (dram) sewaktu di Australia sekitar pertengahan 1980-an.

Cromok dikenali melalui sound Thrash Metal mereka yang garang tetapi bermelodik diadun dengan elemen tradisional Melayu yang mereka panggil Thrashditional. Melalui album-album mereka seperti Image of Purity, Forever in Time, Yours Truly dan banyak lagi, CROMOK sepanjang hampir 4 dekad telah membentuk stail Thrash Metal yang unik dalam mempengaruhi band-band dari dalam dan luar negara dan terus menjadi ikon kepada anak-anak Metal tempatan. Barisan ahli kumpulan CROMOK adalah Vokal/Bass: Sam, Gitar: Karl, Gitar: Shah, Dram: Apis

Tiket boleh di beli https://www.myticketempire.com/cromokxacab, ROCK ZONE RM230, FREE STANDING RM180 & NORMAL SEATS RM250 dan merchandise rasmi Clash of the Titans seperti t-shirt, lanyard & card dan guitar pick boleh dibeli di www.acabproductions.com. Tiket PREMIUM SEATS dan VIP BOX telah pun habis.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat