Bekas Perdana Menteri ke-9 sambung pengajian PhD di UUM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  melanjutkan pengajian diperingkat doktor falsafah di Universitii Utara Malaysia (UUM).

Menerusi perkongsian Facebooknya, Ismail Sabri bersyukur kerana telah menerima kad pelajar UUM hari ini.

Beliau tidak menyangka, usia tuanya masih jadi seorang pelajar.

“Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar,

“Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar,

“Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” katanya.

Ismail Sabri memilih tajuk “Tindakan Malaysia dalam memerangi Covid-19′ sebagai idea penyelidikan beliau di UUM.

Pada 29 Januari lepas, beliau selesai membentangkan cadangan ‘research’ untuk PhD dalam sesi kolokium di Pusat Pengajian Antarabangsa UUM.

‘Thesis’ beliau adalah mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi Covid-19.

“Malaysia diiktiraf oleh ‘World Health Organization’ sebagai antara negara yang terbaik di dalam tindakan memerangi Covid-19.

“Tidak ada negara dalam dunia yang boleh dijadikan contoh mengenai tindakan mereka memerangi Covid-19 kerana setiap negara yang mengalami serangan Covid-19, ianya merupakan pengalaman pertama mereka. Setiap polisi dan tindakan adalah berdasarkan acuan mereka sendiri.

“Saya berharap agar dunia dapat melihat bagaimana pengalaman dan tindakan Malaysia memerangi Covid-19,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat