Onn Hafiz dapat hidayah tanding Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setelah meminta petunjuk, ilham dan hidayah daripada Allah, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam bagi pemilihan penggal ini.

Beliau membuat keputusan untuk memberi fokus kepada pentadbiran dan pembangunan di kawasan beliau dan seluruh negeri Johor.

“Kita sedia maklum bahawa sekarang ini adalah musim pemilihan parti Umno. Saya telah berdoa meminta petunjuk, ilham dan hidayah dari Allah SWT. Saya juga telah berusaha mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, sahabat-sahabat, pemimpin-pemimpin, jentera akar umbi terutamanya di Bahagian Simpang Renggam tentang jawatan yang sesuai untuk saya menawarkan diri untuk pemilihan pada penggal ini.

“Saya telah membuat keputusan untuk terus memberi fokus khidmat bakti kepada negeri Johor dan InsyaAllah akan terus berusaha untuk mengukuhkan pentadbiran dan pembangunan negeri Johor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Oleh itu, kata Onn Hafiz beliau tidak akan menawarkan diri untuk jawatan di peringkat pusat tetapi dengan rasa penuh rendah diri ingin menawarkan diri untuk jawatan Ketua Umno Bahagian Simpang Renggam bagi pemilihan penggal ini.

“Saya akan memberi fokus kepada pentadbiran dan pembangunan di kawasan saya dan seluruh negeri Johor.

“Semoga keputusan ini diredai dan dirahmati Allah SWT. Saya merayu dan memohon sokongan dari perwakilan Umno Simpang Renggam. Kepada Allah saya berserah,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat