KJ profesional, dedikasi laksana tugas ‘deejay’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran berkongsi, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sangat profesional dan dedikasi dalam menyempurnakan tugas.

Buktinya, Khairy atau atau mesra disapa KJ memberi input bagi memastikan kemunculannya dalam segmen Bekpes Hot mampu membawa manfaat kepada semua pihak terutama pendengar Hot FM.

“Selepas menyatakan persetujuannya, KJ ada beritahu beliau bukan pelawak. Bagaimanapun, saya katakan kepadanya bahawa pemilihannya sebagai penyampai baharu Hot FM adalah untuk memberi keseimbangan terhadap segmen berkenaan.

“Kalau untuk berjenaka, kita sudah ada penyampai yang akan melakukan tugas itu. Peranan KJ adalah untuk menyalurkan maklumat berguna untuk dimanfaatkan pendengar.

“Sebelum ini, kalau kita ada topik serius, kita akan undang tokoh luar. Apabila kita sudah ada KJ untuk bincangkan isu sebegitu, sudah tentu ia menjadi kelebihan untuk segmen berkenaan,” katanya kepada BH Online.

KJ mengendalikan Bekpes Hot bersama Johan dan AG tanpa Fara Fauzana yang sedang bercuti pada hari pertama padi tadi.

 

KJ beri input bagi memastikan kemunculannya dalam segmen Bekpes Hot mampu membawa manfaat kepada pendengar Hot FM. - NSTP/Aswadi Alias
KJ beri input bagi memastikan kemunculannya dalam segmen Bekpes Hot mampu membawa manfaat kepada pendengar Hot FM. – NSTP/Aswadi Alias

 

Mengimbas detik awal tawaran dibuat sehinggalah KJ bersetuju, Nazri mengakui proses yang mereka lalui penuh debaran dengan kejutan.

“Jujurnya, kami memang tidak letak harapan beliau terima tawaran ini. Cuma, pihaknya ada menghubungi kami dan menyatakan tawaran masih dipertimbangkan KJ.

“Hanya selepas dua minggu tawaran dibuat, barulah KJ menyatakan persetujuan menerima tawaran itu.

“Apabila beliau sendiri yang bercakap mengenai perkara itu, saya terkejut. Ini kerana seperti yang saya katakan, kami memang tidak letak sebarang harapan.

“Kalau ada rezeki, adalah. Tetapi apabila melihat keterujaan dan semangat berkobar-kobar KJ dalam memberi cadangan dan input untuk menjayakan segmen itu, kami terkejut.

“Kami juga teruja melihat beliau yang sangat komited,” katanya.

Khamis lalu, MPA mengesahkan KJ akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai hari ini.

Perkara itu turut disahkan KJ dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.

Kenyataan MPA menyebut, minggu lalu tawaran Hot FM kepada KJ dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

MPA menambah, selaras dengan slogan stesen radio itu, kehadiran KJ bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna yang lebih menarik untuk segmen terbabit.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat