Khairy sah sertai JDT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakat secara rasminya telah dilantik sebagai Penasihat Belia Johor.

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kenyataan medianya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas pelantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor.

“Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan itu.

Pagi tadi, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan bakal menyertai kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Khairy atau nama sebenar, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, 47, berkata, keputusannya itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini akan diumumkan pembabitan saya dengan JDT.

“Dahulu orang ingat saya tidak serius, tetapi saya memang ambil serius tawaran itu.

“Sebelum ini pun, orang ingat saya tak serius hendak jadi DJ HotFM, tetapi, pagi ini saya berada di konti,” katanya ketika mengendalikan segmen Bekpes Hot pada hari pertama sebagai penyampai HotFM, pagi tadi.

Menjawab pertanyaan rakan penyampai iaitu AG, Khairy atau lebih akrab disapa KJ memaklumkan, beliau tetap meneruskan tugas sebagai penyampai radio walaupun sudah bergelar CEO kelab terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat