KJ akan balas kepercayaan TMJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikrar akan membalas kepercayaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT FC dan pemerkasaan belia Johor.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih terhadap Tunku Mahkota Johor, atas perkenan Tuanku melantik saya sebagai Penasihat Belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC),” catat Khairy di Facebooknya selepas JDT mengesahkan pelantikan beliau pada Khamis.

Khairy berkata, beliau amat teruja untuk menyertai kelab JDT FC yang merupakan kelab bola sepak terbesar di Asia Tenggara serta mempamerkan prestasi yang cemerlang pada setiap musim perlawanan.

“Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi Tuanku untuk menjadikan JDT FC kelab bolasepak paling unggul di benua Asia.

“Di samping itu, saya juga akan membantu merealisasikan hasrat Tunku Mahkota Johor dalam memperkasakan belia Bangsa Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan juga memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak.

“Insyaallah saya akan membalas kepercayaan ini dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT FC dan pemerkasaan belia Johor,” ucap bekas Menteri Kesihatan itu lagi.

Khairy Jamaluddin hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.

Terdahulu, Tunku Ismail mengesahkan beliau sudah bertemu dengan Khairy dan bersetuju untuk melantik bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai penasihat belia Johor dan Ahli Lembaga Pengarah JDT.

TMJ dalam kenyataan pada akaun Twitter miliknya berkata, pengalaman luas Khairy dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia dan kemajuan bola sepak Johor.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat