Agong berkenan serah rumah YASA mesra OKU

- Advertisement -

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan kunci rumah kurniaan Yayasan Al Sultan Abdullah (YASA) di Pekan, Pahang hari ini.

Rumah bernilai RM150,000 terletak di Kampung Tanjung Pulai, dekat Pekan adalah antara yang pertama berkonsepkan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) kurniaan yayasan berkenaan.

Rumah itu diserahkan kepada Mohd Khairi Othman, 47 tahun, yang sebelum ini menetap di program perumahan rakyat termiskin (PPRT) di kampung sama.

Kediaman Mohd Khairi diami ketika ini sering berdepan risiko banjir setiap kali musim tengkujuh.

Rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu disiapkan dalam tempoh dua bulan setengah dan mempunyai ruang niaga, tiga bilik, sebuah bilik air dan laluan khas OKU.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Baginda sempat meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk kampung itu selepas menyerahkan rumah berkenaan.

Mohd Khairi ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci rumah itu menzahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan baginda mengurniakan rumah beserta ruang niaga untuk keluarganya.

“Tuanku memang sangat prihatin tentang rakyat, saya memang tak sangka (akan dapat rumah ini), (ini bukti) keperihatinan Tuanku kepada rakyat.

“Mungkin Tuanku tengok saya macam ini (OKU), baginda tersentuh hati kerana Tuanku memang sangat sayang pada rakyat.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerana sudi memberi saya sebuah rumah (YASA),” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat