New Zealand dilanda gempa bumi magnitud 6.1

- Advertisement -

WELLINGTON- Gempa bumi berukuran magnitud 6.1 melanda New Zealand berhampiran Wellington hari ini.

Gempa bumi pada kedalaman 48 kilometer (30 batu), kata pemantau seismik kerajaan Geonet.
Pusat gempa bumi berada 50 km dari bandar Paraparaumu, menurut Geonet.

Reuters melaporkan seorang saksi berasakan gegaran kuat yang berlarutan beberapa saat di ibu kota Wellington.

New Zealand terletak di ‘Lingkaran Api’ yang aktif secara seismik, lengkok gunung berapi sepanjang 40,000 km dan parit lautan yang melingkari sebahagian besar Lautan Pasifik.

Gempa itu berlaku selepas Taufan Gabrielle menyebabkan kerosakan besar di seluruh Pulau Utara minggu ini mengakibatkan empat orang maut, manakala lebih 10,000 orang kehilangan tempat tinggal dan kerosakan yang meluas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat