Pesakit ditikam pesakit di Hospital Selayang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang pesakit lelaki yang dalam rawatan di Hospital Selayang telah ditikam oleh seorang pesakit yang lain.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan jururawat serta pegawai perubatan yang berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital berkenaan telah mengambil tindakan segera menahan lelaki tersebut serta diserahkan kepada pihak polis dan dirawat sewajarnya.

“Mangsa tikaman segera diberikan rawatan kecemasan dan selanjutnya telah menjalani pembedahan dengan kadar segera.

“Kini, pesakit dalam keadaan sedar dan stabil selepas pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi di Hospital Selayang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Dr Sha’ari laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya.

Insiden yang tidak dingini itu berlaku di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang pada jam 3 petang, 14 Febuari 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat