Tablet ‘mesra poket’

- Advertisement -

MELIHAT kepada keperluan semasa pengguna, tablet bukan lagi satu aksesori sebaliknya sudah hampir menjadi peranti wajib untuk golongan pelajar atau bekerjaya.

Buktinya, keupayaan tablet sudah hampir menyamai keperluan laptop tetapi yang membezakan antara keduanya adalah faktor mobiliti.

Penulis ingin mencadangkan kepada pengguna untuk cuba tablet keluaran Samsung daripada siri A iaitu Galaxy Tab A8 yang bukan saja mampu milik malah menawarkan keupayaan mengagumkan.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Samsung Galaxy Tab A8 ini menggunakan saiz skrin 10.5 inci TFT bersama-sama paparan 1920 x 1200 piksel (WUXGA) dengan nisbah 16:10.

Ia dikuasakan dengan pemproses 2GHz Octa-Core yang memberikan nilai keupayaan 10 peratus lebih baik untuk CPU dan Unit Pemproses Grafik (GPU).

Peranti ini menawarkan memori (RAM) 3GB bersama-sama storan 32GB yang boleh ditambah menggunakan binaan MicroSD sehingga 1TB tanp sebarang masalah.

 

TABLET Samsung Galaxy Tab A8 menawarkan keupayaan prestasi dengan tanda harga mesra poket.
TABLET Samsung Galaxy Tab A8 menawarkan keupayaan prestasi dengan tanda harga mesra poket.

 

Ia juga didatangkan dengan lensa tunggal 8 Megapiksel (MP) di bahagian belakang bersama-sama lensa depan 5MP untuk swafoto serta sidang video.

Penulis menggunakan peranti ini untuk beberapa tujuan seperti menaip, suntingan gambar dan menonton penstriman video bagi menguji keupayaan prestasi dan baterinya.

Keputusannya amat mengagumkan apabila jangka hayat bateri boleh bertahan sepanjang hari dan paling memberi keterujaan adalah peranti ini turut mampu melancarkan aplikasi untuk suntingan gambar tanpa sebarang masalah.

Walaupun tanda harga tablet ini di bawah RM1,000, namun prestasinya sangat baik sekali gus sesuai digunakan untuk semua peringkat pengguna.

Bagi ibu bapa yang mencari peranti mesra poket untuk anak-anak menghadapi pembelajaran atas talian, Samsung Tab A8 ini adalah jawapannya kerana ia bukan saja dibina untuk ketahanan sebaliknya prestasi bateri adalah baik.

Pengguna yang bekerjaya pula, tablet ini boleh digunakan untuk penugasan asas dan paling penting tablet ini bersifat mobiliti sekali gus memudahkan untuk dibawa ke mana saja.

 

TABLET yang menawarkan keupayaan mobiliti baik bersama-sama dengan kefungsian yang mengagumkan.
TABLET yang menawarkan keupayaan mobiliti baik bersama-sama dengan kefungsian yang mengagumkan.

 

Sistem audio yang menyokong Dolby Atmos juga memberi pengalaman sangat positif terutamanya untuk mengisi masa terluang seperti menonton penstriman video.

Secara keseluruhannya, penulis boleh memberikan markah penuh iaitu 5/5 untuk tanda harga di samping keupayaan prestasi yang sangat baik.

Rekaan serta padanan spesifikasi lain juga adalah sesuai dengan tablet kelas permulaan bersama-sama saiz skrin yang besar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat