Sharifah Rose mahu terus belajar

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pempengaruh (Instafamous) popular, Sharifah Rose, 23, sentiasa menetapkan niat di dalam hatinya datang ke lokasi penggambaran untuk belajar dan menimba ilmu lakonan.

Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira yang pernah dikecam hebat netizen ‘tidak boleh berlakon’ sebelum ini berkata, dia menerima apa saja komen diberikan secara terbuka dan positif.

“Dengan apa yang pernah berlaku itu (dikecam netizen), sebenarnya saya banyak belajar dan bersemangat memperbaiki kelemahan dalam lakonan. Sekarang pun, saya masih belajar lagi.

“Menerusi tawaran lakonan diterima, niat saya hanya satu untuk belajar. Jadi, saya okay saja dengan setiap komen diberikan itu kerana suka orang tegur apa yang kurang.

“Pembabitan saya dari awal dalam kerjaya ini pun hendak belajar dan saya juga pernah memasuki kelas lakonan untuk menimba ilmu. Tapi, sekarang jadual penggambaran saya agak sibuk,” katanya.

Rose sebelum ini menjadi perhatian menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonannya bersama Redza Rosli di TV3, tahun lalu.

Kini, Rose kembali lagi di TV3 dengan drama 3 Nota Cinta sebagai watak utama, Alisa di samping pelakon berkaliber, Ashraf Muslim, 40, sebagai Zain.

Mengulas gandingannya dengan rakan pelakon lelaki ‘berusia’ dan lebih matang seperti Ashraf, Rose berkata, dia tiada masalah untuk bekerjasama serta bukan satu isu baginya.

“Saya gembira bekerja dengan abang Ashraf kerana dia banyak membantu saya untuk mewujudkan keserasian dalam watak kami. Walaupun ini kali pertama berlakon sama, kami mudah serasi.

“Seperti yang saya kata, kehadiran di lokasi penggambaran kerana bekerja dan ingin belajar. Jadi, saya sentiasa bersedia menerima apa saja ilmu baharu lakonan yang dikongsikan semua pelakon,” katanya.

Selain drama, Rose juga salah seorang selebriti terbabit dalam program Master In The House (MITH) Malaysia disiarkan TV3 bersama empat lagi bakat muda lain iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Andi Bernadee dan Meyrasam Cassia.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat