PRN Johor: BN Dalam Momentum Yang Baik – Shahril Hamdan

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan dalam momentum yang baik.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan berkata, momentum yang ditunjukkan oleh jentera BN demi memastikan kemenangan di PRN Johor.

“Saya yakin kita berada pada momentum yang baik dan jentera bersemangat ke arah persiapan untuk kempen dan gerak kerja mendekati pengundi menjelang hari penamaan calon PRN Johor pada 26 Februari ini.” ujarnya melalui catatan Facebook.

Beliau yang kini berada di Johor bersama kepimpinan Barisan Nasional (BN) menghadiri beberapa Mesyuarat dan Majlis sebagai persediaan gerak kerja jentera parti menjelang PRN.

“Setibanya di Johor, menyertai Mesyuarat Penyelarasan Komunikasi BN dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Dr Adham Baba bersama YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta kepimpinan Penerangan UMNO Negeri dan Penerangan Parti-Parti Komponen.

“Di sebelah malam, menghadiri Pelancaran Jentera Pilihan Raya PRN Zon Selatan oleh Pengerusi Barisan Nasional, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyaksikan Wilayah Persekutuan dan Sabah sebagai negeri angkat zon.” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga dapat melapangkan masa untuk santai bersama para sukarelawan BNYV Johor dan bertukar pendapat mengenai situasi semasa politik khususnya dalam kalangan anak muda serta pembawaan naratif-naratif yang matang.

Program diteruskan dengan Mesyuarat Induk PRN Johor yang dipengerusikan oleh Pengarah PRN, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Timbalan Pengerusi BN dan Ketua Penyelaras PRN YAB Datuk Ir Hasni Mohammad, pada Isnin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat