COVID-19: Jumlah Kes Sembuh Tertinggi, 2,464 Kes Baharu, Tujuh Kematian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi pada Ahad dengan sebanyak 4,525 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,464 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan kes ni negara ini sebanyak 264,269 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 49,490 kes,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

KKM dengan dukacitanya turut memaklumkan pertambahan sebanyak tujuh kes kematian baharu yang menjadikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 965 kes.

Mengenai penularan mengikut negeri, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes diikuti Johor, 492 kes dan Sarawak sebanyak 161 kes.

Setakat ini, sebanyak 260 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat