Peluang keemasan Mark Adam

- Advertisement -

Petaling Jaya: Kerjaya penyanyi Mark Adam, 42, berubah 360 darjah selepas dia memberanikan diri menjadi penyampai Hot FM walaupun masih kurang fasih berbahasa Melayu.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah berkata, peluang keemasan itu perlu diambil bagi mencabar dirinya. Walaupun tanggungjawabnya besar, dia sedia menyahut cabaran itu.

“Ketika ditawarkan untuk menjadi penyampai di Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tetapi tanggungjawab yang perlu saya galas.

“Namun, saya sedar peluang sebegini bukan datang selalu dan terus membuat keputusan untuk menyertai Hot FM. Peluang ini juga memberi ruang untuk saya mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya.

Penyanyi Marry Me ini juga berkata, dia sedar masih kurang fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan ingin memanfaatkan pengalaman itu untuk terus memperkasa penguasaannya terhadap bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu bukanlah bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio tentunya satu cabaran buat saya. Namun, saya juga melihat peluang di Hot FM ini satu cara untuk memperbaiki bahasa pertuturan saya,” katanya.

Mark berkata, sesi latihan bersama seorang lagi penyampai radio, Fizie selama hampir sebulan banyak memberi idea untuk mempersiapkan diri sebagai penyampai radio.

Walaupun sangat teruja untuk ke udara, tetapi dia akui rasa gugup memang ada.

“Bukan mudah untuk menghiburkan pendengar menerusi radio. Kalau di program TV, saya tak cakap apa-apa pun orang sudah terhibur dan boleh bergelak ketawa, tetapi di radio saya kena sentiasa ada idea untuk dilontarkan.

“Saya kena pastikan pendengar memahami maklumat yang disampaikan. Insya-Allah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan cuba menyajikan pengisian terbaik dan semoga pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH (Geng Pagi Hot) di Hot FM,” katanya yang akan berganding dengan Fizie pada segmen itu.

Sementara itu, Fizie kembali ke udara untuk GPH bermula hari ini selepas tidak ke udara di segmen berkenaan selama hampir sebulan.

Dalam tempoh itu, dia menjalani sesi latihan intensif bersama dengan Mark.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat